Ahlan wa sahlan

uKhWah dI jGA,IkhTilaT terPeLihaRa
sElamaT datAng Ke bLog HaikaL..
diHaraP bloG nie dPat meNgeRatkaN sIlatUrahim sEsaMa kIta..
jAnGan luPa meMbaCa Bismillah daN sElaWat kE ataS Nabi Muhammad S.A.W......

"Allah mempunyai Asmaul Husna,maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna itu"

Sabtu, 20 Februari 2010

AWAS! KOPI RADIX PALSU - Harian Metro (11 November 2008)



PRAI: HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang mengeluarkan produk Kopi Radix mengesan sesetengah pihak mengaut keuntungan dengan menciplak kopi segera herba nombor satu di kawasan utara. Kegiatan itu dikesan dibeberapa lokasi membabitkan Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak yang menggunakan kopi palsu berada di pasaran tanpa mengetahui kandungannya menyebabkan rasanya berbeza dengan Kopi Radix asli mengandungi tujuh herba serta diadun menggunakan teknik perubatan Islam.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata kegiatan itu memberi kesan negatif sekali gus menyebabkan kejatuhan jualan kopi Radix sebagai minuman berherba yang cukup popular di negara ini. “Sekiranya pengedaran kopi palsu itu dibiarkan akan menyebabkan orang ramai menjauhi kopi Radix asli,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam. Sebelum ini, kopi Radix asli dalam bentuk papan dijual kepada ahli HPA dengan harga RM16 berbanding kopi Radix palsu yang dijual harga RM14 dengan menggunakan teknik imbasan cukup tinggi menciplak papan dan sachet minuman kopi Radix asli.

Beliau berkata, rasa kopi Radix palsu tawar serta tidak mempunyai herba HPA, manakala kualiti kertas sachet palsu agak nipis berbanding asli selain warna merahnya lebih gelap dari sachet asli selain beberapa perbezaan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan